Berdasarkan kajian , gunung Everest
ni dulunya bukanlah gunung , tapi
dasar laut .

image

Lebih 60 juta tahun dulu , berlaku
pergerakan plat tiktonik bumi yang
bergerak sepanjang masa dan
akhirnya bertembung . Akibatnya ,
satu plat terangkat ke atas , satu lagi
ke bawah . Dari plat yang
menungkah berterusan itulah
akhirnya terbentuk gunung Everest
dan gunung – gunung lain .
Satu fakta menarik tentang gunung
ialah Allah jadikan sebagai
pengimbang berat kepada bumi .
Sebab itulah gunung ada di seluruh
benua , diimbangkan pula dengan
lembah , datarnya serta lurah
disekitarnya . Ia memasak bumi
dengan kekuatannya .Ini
menyebabkan berat planet bumi
terus seimbang pada setiap sisi ,
menyebabkan tetap beredar sejajar
pada orbitnya .

Allah berfirman dalam surah al – An
‘am : 88
” Engkau melihat gunung – gunung
itu , engkau menyangka ia tetap
ditempatnya , padahal ia bergerak
seperti jalannya awan .
( Demikianlah ) perbuatan Allah
yang membuat dengan kukuh tiap –
tiap sesuatu , sesungguhnya Allah
maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan . “

Ternyata , apa yang dinyatakan oleh
al – Quran adalah benar dan
dibuktikan pula oleh kajian sains
dan geologi . Tapi apakah yang
berlaku pada Rasulullah apabila
menyatakan kebenaran itu 1,400
tahun dahulu ? Baginda dianggap
manusia gila !
Bukan itu sahaja , kajian – kajian
sains turut membuktikan , daratan
ini satu ketika dahulu bercantum ,
kemudiannya berpecah dan bergerak
hingga terbentuk benua serta lautan
yang ada pada hari ini .
Rakaman satelite turut membuktikan
Jazirah Arab serta gunung
ganangnya didapati bergerak
mendekati Iran beberapa sentimeter
setiap tahun . Sedangkan , lebih 5
juta tahun lalu , Jazirah Arab
bergerak memisahkan diri dari Afrika
lalu membentuk Laut Merah .
Didapati juga pantai timur dan
selatan Somalia kini dalam proses
pemisahan dan telah membentuk
lembah belah yang membujur ke
selatan melalui deretan danau
Afrika . Kepingan tiktonik benua
Australia juga sedang bergerak ke
arah utara dengan kelajuan 6
sentimeter / tahun .

Bukankah penemuan – penemuan
sains serta geologi ini membuktikan
al – Quran itu benar , sedangkan
kebenaran itu hanya baru diketahui
oleh ahli sains selepas 1,400 tahun
Rasulullah mengungkapkannya ?

sumber : http://www.myberita.net/bukti-kebenaran-al-quran-di-puncak-everest/